Goddestination

Al-Ghaashiya

Al-Ghaasyiyah

Peristiwa Yang Meliputi

26 ayahsMeccanBahasa Melayu

Now playing Watch on YouTube

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ

Bismi Allah ar-rahmani Ar-Rahim

  1. 1 هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِیثُ ٱلۡغَـٰشِیَةِ

    hel Atiaka Hadis Al-Ghasyiyah

    Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

  2. 2 وُجُوهࣱ یَوۡمَىِٕذٍ خَـٰشِعَةٌ

    wujuh Yaumaizin khasyiah

    Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

  3. 3 عَامِلَةࣱ نَّاصِبَةࣱ

    āmila nasibah

    Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

  4. 4 تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِیَةࣰ

    tasla Nara Hamiyah

    Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

  5. 5 تُسۡقَىٰ مِنۡ عَیۡنٍ ءَانِیَةࣲ

    tuska ain aniyah

    Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

  6. 6 لَّیۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِیعࣲ

    laisa lahum taam illa min dari'

    Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

  7. 7 لَّا یُسۡمِنُ وَلَا یُغۡنِی مِن جُوعࣲ

    la Yusminu yughni min ju

    Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

  8. 8 وُجُوهࣱ یَوۡمَىِٕذࣲ نَّاعِمَةࣱ

    wujuh yauma'izin na'imah

    (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

  9. 9 لِّسَعۡیِهَا رَاضِیَةࣱ

    lisaiha

    Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

  10. 10 فِی جَنَّةٍ عَالِیَةࣲ

    fei Jannah aliyah

    (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

  11. 11 لَّا تَسۡمَعُ فِیهَا لَـٰغِیَةࣰ

    la tasma'u fiha Laghia

    Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

  12. 12 فِیهَا عَیۡنࣱ جَارِیَةࣱ

    fiha ain ja-ri-ah

    Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

  13. 13 فِیهَا سُرُرࣱ مَّرۡفُوعَةࣱ

    fiha Surur marfu'ah

    Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

  14. 14 وَأَكۡوَابࣱ مَّوۡضُوعَةࣱ

    wa akwabun mauzuah

    Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

  15. 15 وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةࣱ

    wenamāriqū masfufah

    Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

  16. 16 وَزَرَابِیُّ مَبۡثُوثَةٌ

    Vezarabi mabthusah

    Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

  17. 17 أَفَلَا یَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ كَیۡفَ خُلِقَتۡ

    a-fa-laa yanzurūn ila Al-ibīlī kaifa khulikat

    (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

  18. 18 وَإِلَى ٱلسَّمَاۤءِ كَیۡفَ رُفِعَتۡ

    wa ila As-sama kaifa rufiat

    Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

  19. 19 وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَیۡفَ نُصِبَتۡ

    wa ila al-jibāl kaifa nusibat

    Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

  20. 20 وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَیۡفَ سُطِحَتۡ

    wa ila Al-ard kaifa sutehat

    Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

  21. 21 فَذَكِّرۡ إِنَّمَاۤ أَنتَ مُذَكِّرࣱ

    fazkir Innama anta muzakkir

    Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

  22. 22 لَّسۡتَ عَلَیۡهِم بِمُصَیۡطِرٍ

    laste bimusaitir

    Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

  23. 23 إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ

    illa mēn tawalla wa kafara

    Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

  24. 24 فَیُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ

    fayu'azibu Allah Al-azab Al-akbar

    Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

  25. 25 إِنَّ إِلَیۡنَاۤ إِیَابَهُمۡ

    Inna ilaina iyabahum

    Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

  26. 26 ثُمَّ إِنَّ عَلَیۡنَا حِسَابَهُم

    summa Inna alaina hisabahum

    Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

This surah in other languages